Dalam benci ada cinta,
dari mata turun ke hati,
jahat hati kerana buta,
ilmu ada tidak diberkati.

Kalau masuk ke rumah orang,
salam diberi budi pekerti,
hitam hati umpama arang,
ayat QURAN disalah erti.

Malam hari mengaji QURAN,
siang hari mencari rezeki,
Bersopan santun dengan orang,
InsyaAllah, dihormati.

Kecik-kecik memakai tudung,
Menutup aurat, mahkota perempuan,
Bila dah kaya janganlah sombong,
Bantulah orang dalam kesusahan.

Sekian...

3 Usul:

jagoan berkata...

rangkap satu,
hati + cinta

rangkap dua,
hati + budi pekerti

rangkap tiga,
sopan + santun

rangkap empat,
kaya + kesombongan
:. kena bantu orang.

kesimpulannya, apa tajuk entri kali ni :D

Tanpa Nama berkata...

aku rasa tajuk entri yg agak sesuai ialah BERSOPAN SANTUN DALAM BERPANTUN..... gurau jer...

Tanpa Nama berkata...

Comel la Mardiah ni.... Bila nak dapat adik?...

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes