www.zutg.kom

Awas, Jangan Derhaka (Part 1)


Aku beranggapan semua pembaca berasal daripada kg. Tak kisahlah kg nya kat Bandar…sbb klu time raya, mesti korang kata nak balik kg kan?... malanglah nasib klu tidak berkg. Nanti klu dah berada dikng tu, cuba Tanya kat ibu kita dan bapa, kalau ibu bapa masih ada. Tanyakan soalan ini berasingan.

Tanya soalan ni kena cari time yg sesuai jgk, tgklah klu ibu atau bapa tu dok sorang2 ker, ha…masa tulah yang paling sesuai.

Apa soalanya, “Mak, agak-agaknya saya ni ada tak sakitkan hati mak?” Pernah tak tanya soalan seumpama itu. Ha, sbb tu aku kata tadi, kena cari time yang sesuai, time semua orang dah tidur. Sbb jawapan emak boleh berbeza bergantung pada situasi dan suasananya.

Emak mungkin akan jawab, “Tak, engkau baik saja,”. U all jangan percaya, sehingga kita Tanya 3 kali. Kalau jawapan emak masih sama, maknanya betullah tu. Anda boleh berpuas hati sbb bebas dari kederhakaan. Tanya plk pada bapa kita dalam situasi dan suasana yang sama macam kita tanya mak kita.

Jangan main-main kerana redha ibu bapa bererti redhalah Allah kepada kita. Oleh itu, Ibu yang berterus terang lebih baik daripada ibu yang memendam perasaan.

Oh...Dacing rindukan Bulan

Semalam aku balik daripada main badminton,..sblm tu nak gi tahu, ha..rutin aku hari ahad, aku akan balik rumah lewat… yerlah…memang kerja gila..duk kat Sg. Petani(62 km), tapi main kat baling..apa ke jadahnya… ha, tak apa, kita tinggal perkara yang jadi pilihan aku itu…

Nak cerita, semalam ni, abis main badminton, dalam pukul 11.04 malam, aku pun menyusur balik dalam keadaan relaks. Tak perlu tergesa-gesa, sbb akan sampai juga..insyaAllah, bisik hati. Sblm sampai kat Kg. Sirako (tak kisah lah kampong apa pun), u all pun bukan tahu kat mana. Tapi kisah benar ni, benar2 terjadi..aku lihat sibuk penduduk2 memasang sepandok pilihanraya, bendera serta poster. Di satu sudut yang agak tinggi, aku lihat seakan monyet memanjat dah mengikat batang2 buluh dan terkibarlah dacing serta bulan. Di kiri jalan dacing dan dikanan jalan, bulan. Aku berhenti, sbb bermnat nak tengok semangat waja anak2 muda memasang sepandok2 itu. Tetiba aje aku dengar orang menjerit “ woi, dah lah woi, aku nak guna tangga tu”…geng sibulan bersuara. “sat..sat, sikit lagi…” geng sidacing plak menjawab. Aku jadi pelik. Yerlah, aku nak tgk sebelah geng bulan aje, tapi, malam tadi aku tgk sesuatu yang menarik, tertarik dan pelik… aku ingat depa2 ni, kotlah mcm wakil2 rakyat yg bertanding dlm kawasan tu, hak bulan duk kat dacing, dacing plak dok umpat bulan. Pelik2.

Berhenti dan beredar setelah aku lihat peristewa itu, lalu aku pulang dalam keadaan memikirkan siapa sbnrnya depa tu, pengundi ker, penyokong ker, atau pekerja ker…confius. Alangkah bagus kalau ada semangat mcm tu. Bekerja sama mencapai matlamat, walau fahaman politik berlainan. 12. 23 am baru sampai rumah.

Jawapan Sang Ayah

Ibu tahu tak air sedim tu sejuk... so, bagi mengawal kesejukan tu ayah pun mengeluarkan air buangan kecil. Orang tak perasan sbb asyik dok susun batu...tu..kueh...kueh..kueh... dak lah adakalanya terfikir nak jadi superhero..., adakalanya terfikir nak jadi kaya..., adakalanya terfikir untuk melepaskan osc (sekaligus meletak jawatan) dan adakalanya terfikir nak berkahwin dua...hakikatnya terfikir untuk membayangkan betapa kerdil tubuh ini dengan ciptaan TUHAN semesta alam...sub'hanaAllah.

batu....si baju biru....aku......

asyik sungguh si baju biru tu menstabilkan dirian ketul-ketul batu yang berbeza bentuk tu. aku pun asyik melihatnya. agaknya apa di dalam fikiran si baju biru tu sewaktu asyik membina menara-menara batu. aku pulak terlupa apa yg ada dalam fikiranku waktu aku asyik melihat aksi si baju biru. cuma yg aku pasti setelah menara-menara batu itu didirikan, aku ingin sangat jatuhkannya dari jarak jauh... tak pasti samada rasa itu disebabkan iri hati atau aku nak tunjukkan kemahiran aku membuat lontaran. si baju biru merelakan hasrat aku. adakah dia memperlekehkan kemahiran aku dengan senyuman manisnya atau dia mmg suka-suka membina menara batu yg dibinanya penuh kesungguhan?
adakah hidup ini penuh hasad dengki........
adakah hidup ini suka menunjuk-nunjuk....
adakah hidup ini hanya suka-suka.......
adakah hidup ini untuk memperlekehkan orang lain....
adakah kesungguhan dalam hidupku....
adakah aku mahir.....
adakah batu itu keras?

Tajuk entri ???

Ntahlah, aku pun tak tahu nak bubuh tajuk apa...suka 'hati' u all lah nak bagi tajuk.
Dalam benci ada cinta,
dari mata turun ke hati,
jahat hati kerana buta,
ilmu ada tidak diberkati.

Kalau masuk ke rumah orang,
salam diberi budi pekerti,
hitam hati umpama arang,
ayat QURAN disalah erti.

Malam hari mengaji QURAN,
siang hari mencari rezeki,
Bersopan santun dengan orang,
InsyaAllah, dihormati.

Kecik-kecik memakai tudung,
Menutup aurat, mahkota perempuan,
Bila dah kaya janganlah sombong,
Bantulah orang dalam kesusahan.

Sekian...

rindu makin mendalam

seminggu tak berjumpa terasa umpama 169 jam sedang dihitung.
perjalanan alor star - sungai petani terasa sejauh 60km.
si suria yang bergerak 140km/jam rasanya macam 14km/jam.
sampai bila rasanya perlu begini?
namun aku lebih simpati pada yang lain yang lagi jauh jaraknya,
panjang masanya, tinggi kosnya...

SEMOGA PERKAHWINAN KITA DIRAHMATI NYA
SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Wanita Saigon


Gambar ini aku ambik semasa kami menyusuri Sungai Mekong, Vietnam. Dalam gelak riang kami menggantikan aweks saigon mengayuh perahu ke muara, terdetik untuk menanyakan berapakah pendapatan mereka sebulan. Yerlah kalau rowers pegawai persekutuan boleh dapat habuan sehingga boleh datang kemari, apalah nasib mereka-mereka ini.
Inilah yang aku katakan sebelum ini, Semangat Waja. Tak kira upah banyak mana, tak kira panas terik, hujan, atau apa sekali keadaan pun, rezeki perlu dicari. Hidup mesti diteruskan... Alangkah bagusnya belia kita ada semangat itu. Tidak perlu paksaan kerana itulah pekerjaan.

Hujan Batu

Orang selalu kata, "hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang", sebab tu la ni aku lebih suka kat negeri orang, kahwinpun dengan orang yang bukan senegeri, banyak 'emas' ooooo, memberi kekayaan, memberi kebahagian. Yerlah, kalau dah kaya, bahagialah, kan gitu?...

Camtulah, kita cari emas (kekayaan) dulu kat negeri orang, pastu bawa balik ke negeri sendiri, buat bekalan hingga hari tua... dengan kata lain...dengan modal yang korang dapat dari negeri yang berhujankan emas tu, kutip hujan batu kat tepi-tepi jalan, buat jalan bertar...atau buat bisnes jual batu, atau buat benda2 yang ada kaitan dengan batu, jual batu permata ker, batu delima ker, batu kristal ker....ha..ha kan batu jugak tu....huhuhuhu...kelakarnya....ishhhh, apalah yang aku merepek ni.

Kalaulah ada hujan emas kat negeri sendiri, nescaya takkan ada golongan miskin tegar kat Malaysia ni.

Mengubah Takdir

Hati Batu...itu mardiah. Ha..dulu time aku kecik, aku nak mintak beli keropok yg harganya hanya sekupang dua, hanya mintak dalam hati ajelah. Kalau mintakpun sure bapa tak beli atau mama sekalipun. Ha..itu dulu, betul kata u all budak sekarang berbeza sedikit. Realiti. Memanglah apa yang kita usaha kita akan dapat. Aku faham. Tersangatlah faham. Nak jadi baik itu pilihan kita; nak jadi jahat tu pun pilihan kita; nak berjaya tu pilihan kita, nak gagal tu pun pilihan kita. Kalau makan, kita tak pernah gagal; apabila hati kata aku nak makanlah, terus beli roti canai, suapkan kat mulut. Semudah itu kita berjaya menikmati roti canai buatan mamak. Jadi beza sangatkah apa yang kita nak usahakan sesuatu yang lebih besar daripada tu dan kita akan berjaya akhirnya? sebab nak berjaya, itu pilihan kita sendiri, samalah juga dengan kegagalan.

Cuma beza kes mardiah & aku time kecik. Bukan aku tak nak usaha, tapi aku tahu, pada masa tu, air beras minuman pengubat kecewa tatkala sedih (tak dapat apa yg aku nak). Nak makan nasi, nasi dengan garam ajelah atau ikan masin. Nak lauk sedap, mungkin sebulan sekali. Itupun belum tentu. Sebab aku tahu bapa & mama tak mampu nak beli susu, dan tak mampu nak beli lauk yang sedap2 setiap hari. Dengan itulah kita perlu berusaha untuk mencari pilihan yang tepat...iaitu seperti mana yang aku ada sekarang. Syukur alhamdulillah.

Kalau takdir tak boleh berubah takkan TUHAN suruh kita berdoa. Betul tak?

Hati Budak

Alangkah bagusnya kalau hati ayah macam hati mardiah. Tengoklah mardiah, kehendak dia tak boleh tak ikut. Kata dia kata dialah. Kehendak dia, kemahuan dia kena diikutkan jugak. Bersungguh-sungguh dia dalam usaha memiliki sesuatu. Tak kena gaya, dalam supermarket tu dia menjerit atau menangis, "Nak itu jugak, ayah tak bagi ibu!!!, ayah tak kesian kat mardiah", katanya. Akhirnya ayah pun akur, dalam tak ada duit tak ada duit tu pun, beli jugak...huh... RM39.90 harganya.

Hati budak, hati waja. keras macam batu. Bukan macam kereta waja, nama saja, tapi tekan sikitpun dah kemek. Hati budak keras batu. Kemahuan dia kalau tak diikut boleh bergoncang dunia! Kan bagus kalau hati ayah pun macam tu. Bertegas dalam membina semangat. Tapi hakikatnya, kita ni makin tua makin lemah, tapi rasional. Rasional ke malas? Banyaklah engkau punya malas !!!

akhirnya berjaya...walau separuh jalan



Yang dinanti-nanti telah tiba.... ptg tadi SI DIA dah naikkan lining utk langsir bilik si comel. Penantian dari tahun 2007 telah tercapai walaupun separuh jalan sebab ada banyak lagi lining untuk tiga sliding door dan bilik tengah. Tak pasti bila titik noktah lining-lining tu akan dinaikkan sepenuhnya. Ke hulu hilir dengan mesin jahit dan sebungkus plastik besar yang terselit dalamnya dua keping karpet biru yang perlu dicantum. Nasib baik sepasang telinga ini masih kukuh melekat di bahagian tepi kepala akibat sindiran sampoi tapi bermakna yang kadang kalanya membuat diri ini hangat-hangat tahi ayam untuk menyiapkan projek vertical itu.
SABAR YER SAYANGKU...... I LOVE YOU TOO.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes