www.zutg.kom

Awas, Jangan Derhaka (Part 1)


Aku beranggapan semua pembaca berasal daripada kg. Tak kisahlah kg nya kat Bandar…sbb klu time raya, mesti korang kata nak balik kg kan?... malanglah nasib klu tidak berkg. Nanti klu dah berada dikng tu, cuba Tanya kat ibu kita dan bapa, kalau ibu bapa masih ada. Tanyakan soalan ini berasingan.

Tanya soalan ni kena cari time yg sesuai jgk, tgklah klu ibu atau bapa tu dok sorang2 ker, ha…masa tulah yang paling sesuai.

Apa soalanya, “Mak, agak-agaknya saya ni ada tak sakitkan hati mak?” Pernah tak tanya soalan seumpama itu. Ha, sbb tu aku kata tadi, kena cari time yang sesuai, time semua orang dah tidur. Sbb jawapan emak boleh berbeza bergantung pada situasi dan suasananya.

Emak mungkin akan jawab, “Tak, engkau baik saja,”. U all jangan percaya, sehingga kita Tanya 3 kali. Kalau jawapan emak masih sama, maknanya betullah tu. Anda boleh berpuas hati sbb bebas dari kederhakaan. Tanya plk pada bapa kita dalam situasi dan suasana yang sama macam kita tanya mak kita.

Jangan main-main kerana redha ibu bapa bererti redhalah Allah kepada kita. Oleh itu, Ibu yang berterus terang lebih baik daripada ibu yang memendam perasaan.

Oh...Dacing rindukan Bulan

Semalam aku balik daripada main badminton,..sblm tu nak gi tahu, ha..rutin aku hari ahad, aku akan balik rumah lewat… yerlah…memang kerja gila..duk kat Sg. Petani(62 km), tapi main kat baling..apa ke jadahnya… ha, tak apa, kita tinggal perkara yang jadi pilihan aku itu…

Nak cerita, semalam ni, abis main badminton, dalam pukul 11.04 malam, aku pun menyusur balik dalam keadaan relaks. Tak perlu tergesa-gesa, sbb akan sampai juga..insyaAllah, bisik hati. Sblm sampai kat Kg. Sirako (tak kisah lah kampong apa pun), u all pun bukan tahu kat mana. Tapi kisah benar ni, benar2 terjadi..aku lihat sibuk penduduk2 memasang sepandok pilihanraya, bendera serta poster. Di satu sudut yang agak tinggi, aku lihat seakan monyet memanjat dah mengikat batang2 buluh dan terkibarlah dacing serta bulan. Di kiri jalan dacing dan dikanan jalan, bulan. Aku berhenti, sbb bermnat nak tengok semangat waja anak2 muda memasang sepandok2 itu. Tetiba aje aku dengar orang menjerit “ woi, dah lah woi, aku nak guna tangga tu”…geng sibulan bersuara. “sat..sat, sikit lagi…” geng sidacing plak menjawab. Aku jadi pelik. Yerlah, aku nak tgk sebelah geng bulan aje, tapi, malam tadi aku tgk sesuatu yang menarik, tertarik dan pelik… aku ingat depa2 ni, kotlah mcm wakil2 rakyat yg bertanding dlm kawasan tu, hak bulan duk kat dacing, dacing plak dok umpat bulan. Pelik2.

Berhenti dan beredar setelah aku lihat peristewa itu, lalu aku pulang dalam keadaan memikirkan siapa sbnrnya depa tu, pengundi ker, penyokong ker, atau pekerja ker…confius. Alangkah bagus kalau ada semangat mcm tu. Bekerja sama mencapai matlamat, walau fahaman politik berlainan. 12. 23 am baru sampai rumah.

Jawapan Sang Ayah

Ibu tahu tak air sedim tu sejuk... so, bagi mengawal kesejukan tu ayah pun mengeluarkan air buangan kecil. Orang tak perasan sbb asyik dok susun batu...tu..kueh...kueh..kueh... dak lah adakalanya terfikir nak jadi superhero..., adakalanya terfikir nak jadi kaya..., adakalanya terfikir untuk melepaskan osc (sekaligus meletak jawatan) dan adakalanya terfikir nak berkahwin dua...hakikatnya terfikir untuk membayangkan betapa kerdil tubuh ini dengan ciptaan TUHAN semesta alam...sub'hanaAllah.

batu....si baju biru....aku......

asyik sungguh si baju biru tu menstabilkan dirian ketul-ketul batu yang berbeza bentuk tu. aku pun asyik melihatnya. agaknya apa di dalam fikiran si baju biru tu sewaktu asyik membina menara-menara batu. aku pulak terlupa apa yg ada dalam fikiranku waktu aku asyik melihat aksi si baju biru. cuma yg aku pasti setelah menara-menara batu itu didirikan, aku ingin sangat jatuhkannya dari jarak jauh... tak pasti samada rasa itu disebabkan iri hati atau aku nak tunjukkan kemahiran aku membuat lontaran. si baju biru merelakan hasrat aku. adakah dia memperlekehkan kemahiran aku dengan senyuman manisnya atau dia mmg suka-suka membina menara batu yg dibinanya penuh kesungguhan?
adakah hidup ini penuh hasad dengki........
adakah hidup ini suka menunjuk-nunjuk....
adakah hidup ini hanya suka-suka.......
adakah hidup ini untuk memperlekehkan orang lain....
adakah kesungguhan dalam hidupku....
adakah aku mahir.....
adakah batu itu keras?
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes