MAULAYU = MAHU LAYU = MELAYU ?

Untuk semua yang berbangsa MELAYU...sedikit info...

Apa hendak dihairankan kalau orang melayu rajin berusaha semata-mata untuk perutnya, semata-mata untuk kehidupannya, sebab itu tabii alam. Bukan setakat Melayu, cina, india, kadazan, iban, dusun, bugis...(dgn kata lain ..manusia) pun kena berusaha. Sekarang, kita berasa hairan mengapa manusia sanggup meletakkan dirinya setaraf lembu (haiwan)...(Opss..lembu sekarang menjadi popular di selangor dan sepatutnya harga menjadi mahal...huhuhu).
Wahai bangsaku, mari kita menjadi Melayu yang luar biasa bagus dan hebat sekali di rantau ini. Melayu yang boleh dibanggakan. Jangan jadi Melayu yang memalukan.
Untuk pengetahuan umum, bagi mereka yang tidak tahu, atau pura-pura tak tahu, atau memang tahu tapi tak nak kongsi. Nah, mari kita kongsi pasal orang Melayu. Hebat tak hebat orang Melayu ni.
Alam Melayu ini besar dan luas sekali. Malay Archipelago, kepulauan terbesar dunia mengandungi pulau-pulau Asia Tenggara antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Tahukah anda ia mengandungi beberapa gugusan pulau? Kesemuanya termasuk 3,000 gugusan pulau yang membentuk Filipina, Borneo dan Papua New Guinea. Maknanya ada sekitar 10,000 gugusan pulau. Punya luas, punya besar beb.
Jadi, anda ingat Melayu tu kecil ke? Anda ingat Melayu tu tak hebat ke? Keseluruhan Nusantara ni adalah Melayu. Tak caya tengoklah muka-muka kita. Yang pure lebih kurang sama macam orang Thai, terutama selatan Thai, memang 'sebijik', hampir sama dengan orang Filipina, Indonesia, dan Singapura. Brunei dah semestinya.
Jadi kita ni besar. Kita ni kuat. Kita ni hebat. dan kita ni dah meletakkan diri kita dalam peta dunia. Ha, macam mana? dah tahu dah kan siapa Melayu. Bukan calang-calang. Dah tu yang awak nak layu, nak lembik dan nak malas tu pasal apa? Sampai ada kajian di barat yang saya rasa memang kurang ajar penulisnya menulis 'The laziest people in the world is.......'. Sambung sendirilah. Ini salah dia ker salah kita?. Salah kita le. Diorang tulis tu ikut apa yang mereka tengok, yang mereka kaji dan yang mereka rumuskan. Kalau tak sungguh orang tak mengata. Ya tak? Renungkanlah.
Oleh itu, marilah kita bekerja kuat. Buktikan yang kita hebat dan luar biasa. Bukan setakat hebat mengampu, mengadu domba, mengumpat, menghebat yang tak tentu hala. Semasa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005, JPBD, Semenanjung Malaysia, Ketua Setiausaha KPKT ada mengatakan dalam ucapan aluannya tentang 4 kategori pekerja. Antaranya, pertama; orang yang pandai jek bos, dan pandai buat kerja, kedua; orang yang pandai jek bos, tapi tak pandai buat kerja, ketiga; orang yang tak pandai jek bos, tapi pandai buat kerja dan keempat; orang yang tak pandai jek bos dan tak pandai buat kerja. Yang dia kata 'jek' tu, ha...itulah mengadu domba maknanya. Iklan sikit. wak lu. Jadi, u all ada kat kategori mana?...fikirkan...
Berbalik dengan cerita orang Melayu. Anda tahu tak, bahasa Melayu yang kita tuturkan ni dalam makalah intelek dipanggil bahasa Melayu Polynesian atau bahasa Austronesian terdiri daripada kira-kira 500 dialek? Yang paling kuat, paling banyak dituturkan ialah di Indonesia dan Malaysia.
Sebenarnya kita ni besar, sama ada nak sedar atau tak je. Walaupun tak semestinya yang besar itu kuat, tapi ikut adat yang besar tu patutnya kuat. Satu soalan. Kalau anda biasa pergi luar negara, anda bangga tak memiliki wajah Melayu, berbangsa Melayu, bernama Melayu dan beragama Melayu? Eh, beragama Melayu pula...agama Islamlah. Bangga tak?...
Saya percaya kalau kita pergi ke Makkah atau Madinah, kita bangga sebab rekod kita baik sekali di negara itu. Kita terkenal sebagai bangsa yang bersopan santun, lemah lembut, bertoleransi dan sebagainya. Tapi kalau anda pergi Eropah, agaknya anda masih bangga tak memiliki wajah Melayu, nama Melayu, bangsa Melayu dan beragama Islam?...
Hah, yang ni payah sikit nak jawab, sebab berapa ramai anak Melayu yang duduk di England namanya turut berubah menjadi nama London. Tak usahlah pergi ke England, kat sini pun dah berubah nama. Malu pakai nama Melayu, ubah sikit supaya bunyi slang omputih. Tu kalau di sini...kalau di England? Kalau di Amerika? Juraimi jadi Jeremy, Abu Bakar jadi Burn padahal orang putih tak mainlah ikut Melayu. Superman tu daripada nama Suparmanlah (member niaga kat sabah), Carmen itu dari Karmanlah dan banyak lagi. Sendiri mahu fikirlah. Kalau dah Malaysia maju ikut acuannya sendiri, rakyatnya kena ikutlah acuan yang sebagaimana dibentuk. Ini ikut acuan orang lain. Acuan barat pulak tu. Jadi hati-hatilah..
Aku orang Brunei pun dikira Melayu...huh...
"Orang jahat tak pernah berhenti dari usahanya hendak menjatuhkan orang baik".

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes