'PUPUS'...

Salam semua...

Agar hari ini anda rasa cemerlang. Hari esok akan gemilang...dan terus-terusan gemilang. InsyaAllah.

Semoga semuanya dalam pemantauan dan pemerhatian. Jauh atau dekat. Banyak atau 'ciput'...panjang atau 'pendek' (ingat nama samaran dulu ABANG PENDEK, kat pejabat lama sblm msuk gomen)...itu semua tak penting. Yang penting, kita perlu berubah supaya tidak 'PUPUS'...

Kalau pandai, nak lagi pandai, kalau mahir, nak lagi mahir...kalau bodoh tak kan nak jadi lagi bodoh, dah tentu nak jadi bijak dan cerdik. Yang penting kita nak berubah. Yang penting kita nak buat perubahan dalam hidup kita. Yang penting kita tak nak berada di takuk lama, sedangkan orang lain dah buat macam-macam takuk, namun kita masih di takuk yang tu jugak.

Ambik Contoh satu cerita dogeng pasal sorang Maharaja, Al-Sultanet Ibnu Mangkuqet di sebuah negara bertuah bernama Cenonet. Si Maharaja amat senang lenang duduk di atas kerusi memerintah, dalam mahligai intan berlian. walhal dibiayai dengan duit cukai rakyat, atau dari duit bayar saman kerana berniaga tak ikut peraturan, atau duit saman road block kat sungai2 ditepi mahligai sutlan. Senang cerita 'DUIT RAKYAT'. Tapi rakyat sanjung, tetap junjung, tetap setia sebab ia 'lambang'...itulah takuk rakyat yang miskin dan hina...dulu kini dan selamanya...sehingga Al-Sultanet Ibnu Mangkuqet punyai anak dan cucu cicit, setia rakyat pada takuk itu juga.... tak berubah....pelik..Yang miskin pun sama, tidak terfikit kalau diberi sedikit pendapatan si Maharaja itu kepada si miskin, tak perlu duit, cukup serpihan intan permata berlian dari mahligai intannya..memadai. Apa yang si Maharaja beri pada si miskin. Itu pun si maharaja memerintah tidak terfikir. Tak usah bimbang, Jelata masih setia...alkisah pula yg murtad derhaka kepada agama..yg patut direjam hingga mati...Si Maharaja juga ada berkata-kata...Aku peduli apa, ...."DOSA ITU BUKAN AKU YANG PUNYA, AHMAD ALBAB YANG PUNYA"...itulah dia takuk lama Al Sultanet Ibnu Mangkuqet, sehingga itupun dia tidak terfikir bahawa dia masih 'lambang' pemerintah...apa yang si Maharaja perintah ....PATIK NAK CUKAI DINAIKAN, PATIK NAK PEMBERIAN SAMAN KEPADA RAKYAT DITINGKATKAN, PATIK NAK GUNDEK2 YANG CUN2 MCM J.LO( hitam manis..huhuhu) ...ntahlah....

Dan takuk..takuk inilah yang akan menyebabkan mereka dan keluarga mereka 'PUPUS'....atau disemadi dalam muzeum AL-SUTANET IBNU MANGKUQET. Bernasib baiklah bagi orang-orang yang pegangan keimanannya hanya kepada agama Allah....ISLAM.

BERUBAH KE ARAH KEMAJUAN BUKAN KEMUNDURAN.

p/s : apalah aku merepek ni labuuuuuuuu...

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes