Alahai seorang menteri terdidik lagi mampu mendidik ini. Kadang2 aku rasa ada juga menteri yang cetek tanggapannya walaupun punyai pendidikan mengatasi tinggi langit, walhal mungkin 'statement' itu terpengaruh dgn unsur politik jumud yang didokongnya.
Aku setuju...mungkin !!!. klip video "Sajak Kematian" tidak
sesuai di sekolah, tapi hakikatnya ia mampu mewujudkan satu kaedah baru pembelajaran dalam memperguna teknologi IT dan ICT. Kreatif apa !!!. Dalam suasana bapak menteri itu mencari2 fomula terbaik utk sistem pembelajaran di Malaysia, nah... skrang dia sendiri menidakkan itu dan ini untuk dilaksanakan. Wahhh... banyak cantik hidung kau !!!. Mungkin dia ni nak idea itu datang sendiri daripada dia, kertas kerja dia, diluluskan oleh kabinet... justeru apa sahaja yg dilakukan oleh pihak lain, dia sama sekali tidak bersetuju.
Aku jadi hairan dengan sebilangan ibu bapa yang membantah. Mungkin aku nak tahu jgk bilangan bantahan itu, 10, 100, 1000, 10,000....alahai. Tidakkah itu perkara baik wahai ibu bapa. Dia seumpama pendekatan merontan anak2 yang berumur 10 tahun dan masih tidak solat 5 waktu lagi. Bukankah itu ada unsur menakut2kan. 10 tahun..muda beb. Korang yang ada pendirian agama 'cetek' jgk, aku rasa tak akan sanggup merotan anak2. Apa manfaatnya? dia akan solatlah bodoh...walaupun niatnya bkn atas dasar kerana Allah, tapi at least dia dipupuk dari seumur muda itu dengan 'rotan'. Yang ni versi video klip.
Hairan, unsur2 filem ke'hantu'an, alam ghaib dan aksi2 hero2 hollywood yg melampau batas ditayang di TV dan wayang, tambahan filem dan drama genre seram telah brleluasa tanpa ada dasar kawalan dari pihak kerajaan. Aku rasa, yang itu lebih menakut-nakutkan dan berpengaruh, tambahan ia terdedah secara langsung terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaatpun berbanding klip video 'Sajak Kematian' itu.
Alahai menteri. C
ome on lah menteri. Tahulah kau tu nak menjaga reputasi dan menarik undi utk bertanding jawatan Naib Presiden parti jumud kau tu...mungkin.