Semua Orang Suka Kita Ker?

Selamat bertemu kembali. Aku rasa hari ini sedikit bahagia setelah semalam rasa nak pitam, setelah hari sebelumnya sasau sedikit bila Wafi admit di KMC (Kedah Medical Centre). Mungkin tak sihat (anggapan ketika itu sebab dia asyik muntah bila menyusu). So, nak tahu apa sebenarnya yang berlaku ka atas Dek Wafi, Ibu nak rujuk KMC(pakar). Aku ikut saja. Nah, sekarang Dek Wafi kena tahan 2-3 hari. Tak apalah, yang penting ibunya rasa puas dan meredakan kerisauan kami berdua.

Tinggalkan cerita itu buat sementara waktu. Nanti aku sambung. Inn Sha Allah. Nah, luahkan sedikit masa anda. Nak luahkan sedikit pasal perihal suka, tak suka, atau benciker tak?.

Macam mana kita nak tahu orangitu suka kita? Susahkan?

Bukan sebab orang senyum kat kita, orang tu suka kat kita. Tak semestinya. Kadang-kadang dia senyum, tak ikhlas. Kadang-kadang dia senyum menyindir, dalam benci dan menyampah pun orang itu pun boleh senyum kat kita.

Riak senyum pelbagai makna. Dalam dunia ni kan macam-macam ragam manusia ada? macam-macamlah makna senyuman itu bergantung kepada niat hati. Jadi, macam mana nak tahu orang suka kat kita?.

Pasal tulah kita boleh anggap semua orang suka pada kita dan kita jugak tak boleh anggap semua orang benci kat kita. Memang susah.

Dulu aku ada kawan, memang best giler lah dia ni. Apa2 aje dia tolong. Tapi kebanyakannya aku tolong dia...hahahaha. Rasanya pinjam duit dah tentu. Dia suka kawan ngan aku, akupun hanya sedikit suka kawan ngan dia. Sbb pinjam duit tak bayaq. ... eh eh eh. Tetiba ntah mcm mana di kata kat orang lain, aku pinjam duit dia tak bayaq... so, dia tunjuk kat aku betapa dia suka berkawan ngan aku, tapi pada masa yg sama...dot dot dot, "tembak belakang" beb.

Susah nak tahu kan?. Jadi, apa yang kita boleh buat?...heheheh, buat tak reti aje. Yang kita tahu dan reti kita buat ialah buat baik dan berbaik dengan semua orang. Orang nak benci ker, nak menyampah ker, nak sakit hati ker, itu dia orang punya pasal. Ada aku kisah. Yang aku tahu, aku tak buat gitu pun pada sesiapa. Kalau ada, tolong bagi tahu ok!!.

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes