Semua Orang Suka Kita Ker?

Selamat bertemu kembali. Aku rasa hari ini sedikit bahagia setelah semalam rasa nak pitam, setelah hari sebelumnya sasau sedikit bila Wafi admit di KMC (Kedah Medical Centre). Mungkin tak sihat (anggapan ketika itu sebab dia asyik muntah bila menyusu). So, nak tahu apa sebenarnya yang berlaku ka atas Dek Wafi, Ibu nak rujuk KMC(pakar). Aku ikut saja. Nah, sekarang Dek Wafi kena tahan 2-3 hari. Tak apalah, yang penting ibunya rasa puas dan meredakan kerisauan kami berdua.

Tinggalkan cerita itu buat sementara waktu. Nanti aku sambung. Inn Sha Allah. Nah, luahkan sedikit masa anda. Nak luahkan sedikit pasal perihal suka, tak suka, atau benciker tak?.

Macam mana kita nak tahu orangitu suka kita? Susahkan?

Bukan sebab orang senyum kat kita, orang tu suka kat kita. Tak semestinya. Kadang-kadang dia senyum, tak ikhlas. Kadang-kadang dia senyum menyindir, dalam benci dan menyampah pun orang itu pun boleh senyum kat kita.

Riak senyum pelbagai makna. Dalam dunia ni kan macam-macam ragam manusia ada? macam-macamlah makna senyuman itu bergantung kepada niat hati. Jadi, macam mana nak tahu orang suka kat kita?.

Pasal tulah kita boleh anggap semua orang suka pada kita dan kita jugak tak boleh anggap semua orang benci kat kita. Memang susah.

Dulu aku ada kawan, memang best giler lah dia ni. Apa2 aje dia tolong. Tapi kebanyakannya aku tolong dia...hahahaha. Rasanya pinjam duit dah tentu. Dia suka kawan ngan aku, akupun hanya sedikit suka kawan ngan dia. Sbb pinjam duit tak bayaq. ... eh eh eh. Tetiba ntah mcm mana di kata kat orang lain, aku pinjam duit dia tak bayaq... so, dia tunjuk kat aku betapa dia suka berkawan ngan aku, tapi pada masa yg sama...dot dot dot, "tembak belakang" beb.

Susah nak tahu kan?. Jadi, apa yang kita boleh buat?...heheheh, buat tak reti aje. Yang kita tahu dan reti kita buat ialah buat baik dan berbaik dengan semua orang. Orang nak benci ker, nak menyampah ker, nak sakit hati ker, itu dia orang punya pasal. Ada aku kisah. Yang aku tahu, aku tak buat gitu pun pada sesiapa. Kalau ada, tolong bagi tahu ok!!.

Merdeka Jiwa



Hampir Ke Situ - Versi Ainul Mardiah

Arif Wafi masih di NICU HSB

Arif Wafi masih di NICU, mulanya kena 'Kuning', 210 (ntah apa sukatannya) tahap kuning. Yang pasti dia bukan 'budaya kuning' yang menular pada remaja2 kita kala ini. InsyaAllah, Arif Wafi bukan begitu.

Dah masuk 7 hari dia masih di HSB, di wad NICU. Ntah sampai bila. Jaja dah menangis teringat2kan dia. Apa taknya, masa melawat tu hari, dia tgk bila baby yg lain nangis, depa (nurse) buat bodoh aje. Jaja titiskan air mata. Ibu mana yg nak tgk anak (baby) diperlaku begitu. Malangnya HSB yang aku rasa jagaannya masih tak rapi walaupun duduk kat wad jagaa rapi. Setidak2nya depa tu kena jaga, tgk, usap, atau belai. Baby akan rasa tenang begitu. Setidak2nya dia tak akan rasa takut lepas tu. Ntahlah.

Ibu, Mardiah ... Wafi...sabar noh.... InsyaAllah, ayah doakan semuanya selamat. Amin.

Arif Wafi ....



kemaskini Masa yang dinanti tiba. Malam 9 Ogos 2008, Jaja dah terasa sakit nak bersalin. Tapi masih mampu bertahan. Walaupun kesakitannya tak mampu ku layan dan ku tahan, sbb memang dia saja yang rasa betapa sakitnya ia.

10 Ogos 2008 ( ahad), 12.30 am, ku rasa dah tiba masa utk admit jaja ke hospital. Mak mertua ku panggil, Achi (Kak Jaja) bingkas bangun, mungkin dia rasa ada perkara yang boleh dibantu.

Malam itu dalam keadaan bertahi mata yg tak sempat dibasuh, kereta meluncur terus ke Hospital Sultanah Bahiyah yang dulu sbnrnya dekat aje ngan umah kat mergong, kini jauh dalam beberapa batu. 1.22 pagi, Liza kawan sepejabat Jaja dulu seolah2 menunggu kehadiran kami untuk menghulur sedikit bantuan. Ntah mcm mana dia tetiba aje ada di sana. Oh, ayahnya masuk hospital. Pengsan. Muntah2. Info dari mulutnya. Liza tanpa berfikir panjang menolak kerusi roda terus ke kaunter daftra wad. Aku pun tak tahu kat mana kaunter tu (masa tu). Nasib baik liza ada. Aku naik aje dekat Dewan bersalin Jaja dah masuk LR, bersedia bersalin.

Lebih 9 jam, barulah doc panggil, aku dimaklumkan pmbedahan perlu kerana trdapat tanda baby lemas. Aku setujukan saja, ku doakan semuanya selamat. Dulu Mardiah pun kes sama. Tak apa yg penting kedua2nya selamat. Ibu dan anak. Jaja dipindah ke dewan bedah (bersalin). Akhirnya kira-kira jam 1.30, jaja keluar dalam keadaan masih baring. Dia kata dah "Baby sama mcm ayah", maknanya baby boy. Syukur alhamdulillah, kedua2 selamat.

Jaja dibawa ke Wad Kenanga 2A, baby pula perlu diletak di Wad NICU utk jagaan rapi.

Itulah detik2 kelahiran Arif Wafi, selama 9 jam aku ngan mak mertua menunggu diluar dewan bersalin, sedangkan Jaja meronta menahan kesakitan hndak bersalin.

.....hati seorang adik...

Bila teringat waktu kecik2 dulu..kita selalu impikan sesuatu yang indah...hari yang indah..waktu yang bahagia...teringat waktu dlu buat aku terkenang saat2 aku dan abg2...aku merasakan aku adalah insan yang paling bertuah miliki abg yang selalu bergurau dan bermain2 dgn aku...tp itu waktu aku masih bergelar seoarang budak...tapi.....knp??...aku jd adik yang pendiam bila abg2 pergi nun jauh belajar disana...hati ku selalu menangis kerana rindukan gurauan abg2ku....tp bkan jg maksudku tuk berpaling tatkala mereka ada didepanku....sewaktu mrk takda aku tercari2 kerana aku tdak mampu berdepan dgn mama dan bp bila mrk marah atau melenting...aku mrh tapi apa harus aku buat...terkadang tu aku melawan kata mama sebab aku tak pandai nak berkata apa2....maafkan aku mama....tp...aku nak abg aku semula...aku sebenarnya ingin meluah apa sahaja yang terbuku dihati...tapi....mama kata jgn ganggu hidup dorang...dorang ada masalah yang lebih besar lg....jd hati aku pun tertahan...aku kdg merasakan aku makin jauh dgn mereka....kdg aku jeles lihat kwn2 yang masih rapat dgn abg...menjaga...dan mlindungi....jauh disudut hati aku ingin saja aku lari dari perasaan rindu dgn abg2ku...dan aku takut nak mgadu dgn abg sendiri...aku cuba tuk memahami keadaan mrk seperti yang mama katakn.....

MEMO JKT…

(melalu YM)

ARAS-X : dapat tak memo jkt melalui emel?
ATAR : email? regardg?
ARAS-X: aku send kat ko sekarang
You have received 1 file from ARAS-X… “memo jkt.pdf”.
You have received 1 file from ARAS-X….”Skop_Tugas_Lampiran_1.doc”.
You have received 1 file from ARAS-X…. “Skop_Tugas.doc”.
ARAS-X: dia nak esok petang.
ARAS-X: tapi aku malas nak layan.
Riaksi selepas membaca memo ngan lampiran yg diterima)
ATAR: BAPAK DIA.....!!!
ATAR: WOI INIPUN KITA KENA BUATKAH...?
ARAS-X: dia orang mane bleh pikir!!!
ARAS-X: bende remeh temeh ni pun tak leh nak pikir!!!!
ATAR: INI PATUTNYA ATASAN AJE YG KENA WUJUD, BIAQ STANDARD, BENDA2 ATAU KERJA2 TMBAHAN DKT PBT MASING2 YG BELAIN BIAQ PILAH, DEPA BG KERJA LAIN TU ATAS DASAR PRTOLONGAN AJE...LAINLAH KLU DAH DITETAPKAN DARI AWAL.
ATAR: SABAR2....
ATAR: cool...coooool...
ATAR: fuhhhhhhhhhh.....
ARAS-X: Play Nudge: (Smash)
ARAS-X: Play: (Tennis)
ATAR: logiknya kenapa? sbb klu benda dah standard, semua org ikut, senang nak pantau....esok kawan ni blain, kawan tuh belain..kn payah... daerah tu skop nya gini, tapi mai daerah yg satu lgi skop nya gitu plak...iskk..isk... setahun, 2 tahun blum tentu ada skop yg tepat utk unit2 osc, betullah ada dasar 'top down buttom up', dalam kes ni pihak yg memikir patutnya yg bergaji lebih dan dah tentu yang duduk memikirkan pasal2 benda ni....aku tak fahamker, atau aku mmg tak faham....
ARAS-X: malas lah nak buat
ATAR: patutlah kata prof. sorang tuh, malaysia ni kaya dngn org yg memikirkan pasal visi dan misi selama brtahun2, tp hasilnya ...tak nmpk sngat.... objektifnya segerombolan...tp satu apa tak trcapai, skopnya brguni2, tp yg dilihat sering berubah2...mengikut peredaran masa... yg memikir biaq memikir, yg bekerja biarlah diorang bkerja (walaupun aku tak bnyk kerja)...
ATAR: apapun didunia ni, visi, misi dan matlamat serta objektif paling tepat adalah AL-QURAN...bk kata Ustazah Baiyah...(dia ada kat baling sekrang ni..)...

SMS...

Motorola : "Nak ibu balik esok".

Nokia : "Tk pyhla, nnt khamis abg pi sana kot".

Motorola : "Ke ibu balik sana? Kain dah lipat ?, Dah Basuh ?, makanan dlm pti asi dah berbasuh?".

Nokia : "Aiya, tul jgk tuh, alasan yang kukuh utk balik, ok jgk tuh".

Motorola : "Tp itu kerja hjg minggu... Klu ibu maintain lg la..".

Nokia : "Ok".

Motorola : "Miss U".

Nokia : "Miss u 2".

Dengan kata lain...

Isteri : "Nak ibu balik esok". (Aja rasa nak baliklah esok !.)

Suami : "Tk pyhla, nnt khamis abg pi sana kot". ("Fuhhh, best nya". hati kecil berkata. Kalau nak balik, balik lah, rindu ni. Tp, hari khamis ni abg nak pi sana, ada urusan. Tk pyhla balik")

Isteri : "Ke ibu balik sana? Kain dah lipat ?, Dah Basuh ?, makanan dlm pti asi dah berbasuh?". (memang talip boleh buat... tp boleh tak dia readykan rumah tu sepertimana aku tinggalkan rumah tu pada setiap pagi ahad.... ).

Suami : "Aiya, tul jgk tuh, alasan yang kukuh utk balik, ok jgk tuh". (oklah, aja balikla sini).

Isteri : "Tp itu kerja hjg minggu... Klu ibu maintain lg la..". (Klu aja balik, aja buat kerja tuh. Klu tak aja buat hujung minggu, sbb kerja2 tuh semua kan aja buat hujung minggu, so aja akan buat hujung minggu ni klu tak bersalin lagi).

Suami : "Ok". (Yerlah tuh).

Isteri : "Miss U". (Rindu abg).

Suami : "Miss u 2". (Rindu aja juga).

* Keterangan : si isteri betul2 nak balik sbb rindu, si suami pula betul nak kan si isteri balik, juga sbb rindu. Semua ayat2 dalam SMS tu, sama ada pendek atau panjang, bunga hiasan saja. Namun si isteri dan suami meluahkanya dengan ikhlas dan jujur secara psikologi. Dunia K.A.M.I, suka hati kamilah.

New baby, REDline 100 day's


 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes