Montaj Bicara Hari Ibu di MHI

"tetiba aje aku tgk muka kak jaja ngan mardiah dalam tv".... kata Sawal semasa menjamu sarapan di kantin tempat kerja sambil memerhati Montaj Bicara Hari Ibu di MHI 8.30 pagi 12/05/08...suspender aje...hehehehe..Sawal maksudkan foto nilah....

Kenangan Gathering

Malam 3hb

Lawatan ke Muzium Padi


Sebelum bertolak ke Padang Besar

You will be the next...

Gathering 2008


Assalamualaikum wbt.
Saya bersyukur kerana pada kesempatan ini kita dapat berhimpun dan berjumpa untuk mengerat dan meneruskan persahabatan setelah sekian lama terjalin.

Jarang sekali kita berjumpa dan bercerita mengenai diri dan perkembangan masing-masing atas dasar persahabatan walaupun sering berjumpa bagi tujuan kerja dan sebagainya. Bagi saya hubungan persahabatan sangat penting selain hubungan kekeluargaan, bahkan dalam hubungan suami isteri elemen-elemen ‘persahabatan’ menjadi faktor kemesraan perbualan dan perbincangan.

“My Love commitment to myself, my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strength to face the challenges of life.” Sebenarnya dalam sedar atau tidak kita telah meletakkan persahabatan itu menjadi pasca rangsangan tenaga yang sangat kuat auranya dan sehingga menjadikan suatu cabaran hidup mudah untuk ditangani. Berbanding mereka-mereka yang mengasingkan diri, mereka cuma ada diri mereka untuk menang dalam seribu atau sejuta cabaran.

Nah, ayuh kita buktikan dengan adanya flatform PLANNERSnet “asas kita sama”, rangkaian persahabatan ini akan terus berkembang bukan setakat hanya sahabat tetapi usahasama perniagaan yang membawa keuntungan. Siapa yang tahu, suatu hari nanti akan wujud, PlannersNET Enterperise atau Sdn. Bhd. Tapi itu bukanlah matlamat utama kita.

Akhir sekali mudah-mudahan, Gathering 2008 di Alor Star ini menjadi suatu kenangan yang besar untuk semua (XSBP) serta lahirnya PLANNERSnet ‘asas kita sama’ ini membawa sesuatu yang membanggakan suatu hari nanti.

“Yang bernama sahabat itu ialah yang berlari ke arah kita selaju-lajunya sedangkan yang sedia ada sedang berlari selaju-lajunya meninggalkan kita”.
Untuk semua yang bergelar sahabat, jagalah sahabat anda dan persahabatan anda.

Besday Ayah


Klu diikutkan akun, nak juga kembali ke zaman kanak2 dulu, walaupun tak ada kek, tak ada hadiah, tp seronok rasanya. Yang pasti tak perlu ingatpun bila besday aku. Dululah.... Sekarang, bila ada aje org bagi kek, makanya nak kena ingat plak umur kita berapa. Uhhh...dah 30 tahun rupanya aku menumpang dibumi Allah ni. Doakan semoga diberkati rezeki, dianugerahkan kesihatan dan ditawarkan keimanan yang tinggi oleh-Nya. Hanya aku aje tak mampu menerima tawaran itu sungguhkan mencuba sedaya upaya. Mana ada iman ala kadar...so, ibu give me support to beriman kepada yang Esa.


 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes