Awas, Jangan Derhaka (Part 1)


Aku beranggapan semua pembaca berasal daripada kg. Tak kisahlah kg nya kat Bandar…sbb klu time raya, mesti korang kata nak balik kg kan?... malanglah nasib klu tidak berkg. Nanti klu dah berada dikng tu, cuba Tanya kat ibu kita dan bapa, kalau ibu bapa masih ada. Tanyakan soalan ini berasingan.

Tanya soalan ni kena cari time yg sesuai jgk, tgklah klu ibu atau bapa tu dok sorang2 ker, ha…masa tulah yang paling sesuai.

Apa soalanya, “Mak, agak-agaknya saya ni ada tak sakitkan hati mak?” Pernah tak tanya soalan seumpama itu. Ha, sbb tu aku kata tadi, kena cari time yang sesuai, time semua orang dah tidur. Sbb jawapan emak boleh berbeza bergantung pada situasi dan suasananya.

Emak mungkin akan jawab, “Tak, engkau baik saja,”. U all jangan percaya, sehingga kita Tanya 3 kali. Kalau jawapan emak masih sama, maknanya betullah tu. Anda boleh berpuas hati sbb bebas dari kederhakaan. Tanya plk pada bapa kita dalam situasi dan suasana yang sama macam kita tanya mak kita.

Jangan main-main kerana redha ibu bapa bererti redhalah Allah kepada kita. Oleh itu, Ibu yang berterus terang lebih baik daripada ibu yang memendam perasaan.

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes