Apa bezanya kalau bagi tahu dengan tak bagi tahu?

Salam semua kengkawan,

Member aku mempunyai masalah lanjutan daripada masalah-masalah sebelumnya. Bukan nak dengaq skali lagi cerita-cerita yang direka-rekanya itu, tapi sekadar nak menjaga hati member, sebab kalau tak dengaq, sohih dia berkecik hati. Begini ceritanya. Ia berkisar mengenai keadaan dalam hubungan rumah tangga (bukan hubungan kelamin k..). Ini hubungan berkomunikasi, perbualan, percakapan. Kadang-kadang mendatangkan salah faham, masej tak sampai, cakap yang tak berapa jelas, teragak-agak, bertanyakan sesuatu, memberitahu sesuatu & aku rasa banyak lagi member ni mention, aku tak ingat, mungkin sudah terlalu tua, atau terlalu tua sudah aku, atau ingatan aku sudah mencapai tahap beku. Tak apalah, dengaq sajalah. Kita ambik contoh Kes 1 yang di ceritakannya.

KES 1: (balik ke rumah setelah hampir 8 jam berada di ruangan kerja)

Si isteri bertanyakan kepada si suami mengenai masakan apa yang hendak dihidangkan untuk santapan berbuka puasa. Si suami dengan nada biasa, (bukan dalam keadaan menyindir, tidak juga dalam keadaan mod yang kurang siuman aka gila) serius menjawab dengan nyata serta difahami oleh si isteri. Jawapan itu juga sbnrnya berniat, oleh kerana setelah lebih kurang 8 jam mengadap kerja. Jawab si suami, "Tak kisah, makan saja apa yang ada". Penjelasannya, sudah tentu apa yang ada itu maksudnya yang telahpun siap dimasak, atau apa-apa sajalah yang ada dalam dapur. Tapi si isteri masih bertegas (mgkn juga dengan niat; ingin menyediakan yg terbaik aka yg disukai suami) ingin tahu apa lagi selain yang dah ada. Lantas si suami terus mengingatkan sesuatu yang bagi dia mudah & pantas disediakan dek melihat kepenatan si isteri dengan harapan tak perlulah masak yang rumit-rumit serta tak perlu membazir. Suami hanya kata, "...buat sup telur dahlah". Nah, sudah diberitahu. Hairan, dia minta menu itu KIV untuk sahur nanti. Tambahnya juga, dia nak masak ikan pari asam pedas. Suami pun diam, hairan. Apa tujuan si isterinya bertanya pada mula bicara tadi?


KES 2: (bangun sahur)

Melihat kepenatan & ketidakupayaan si isteri setelah menyediakan masakan berbuka puasa tadi, sepanjang malam itu si suami mencari sesuatu job yang dia boleh tolong. Jadi, dia sediakan anak, mandikan, pakaikan dan si suami minta si isteri beri makan anak dalam keadaan duduk, santai dan rehat. Cukup. Baju kerja malam itu juga si suami tolong ironkan. Dengan harapan si isteri boleh ambik masanya mengiron baju sebelum ini utk berehat (niat).Tak perlu bagi tahu, nak bagi tahu mcm mana, si isteri dah lena. Ini mungkin silap si suami, TAK BAGI TAHU. Elok si isteri bangun pagi, seterika sekali lagi. Adus. Sia-sia usaha si suami, penat akhirnya si isteri. Tapi masalahnya, mak dah bagi tahu baju tu dah seterika. Tapi kenapa eh? still seterika juga. Lagipun, berapa lama dah seterika baju? Tak kan tak dapat beza baju yang telah diseterika.

.....bangun sahur, si suami bagi tahu, baju telah diseterika. Si isteri menjawab kecewa..."yer ker, kenapa tak cakap, lain kali bagi tahu lh, penat ambik masa setengah jam seterika skali lagi". Fuhhhhh..., apa maknanya ni?. Pastu tu keluar balik pasal masak asam pedas yang aku tak jamah pun. Nak jamah mcm mana, sup telur yang KIV tu ada depan mata, melantak tu sajalah...


Kesimpulan:

Apa bezanya kalau si suami bagi tahu dalam KES 1 dengan suami tak bagi tahu dalam KES 2, . Ala bro, sama sajakan. KES 1, tanya, bagi tahu (jawab), tapi buat benda lain. suami tak minta pun...dapat penat. KES 2, tak tanya (tak bagi tahu), buat (seterika baju)...still dapat penat...inilah contoh komunikasi yang gagal. Sebenarnya, si isteri atau suami kena faham niat kedua2nya. Itu lebih penting daripada mencari kesalahan.


Setelah selesai bersahur dan si suami melicinkan pinggan nasinya, si isteri bagi tahu dalam style perli, "...ingat tak makan gulai, itu yang masak ikan pari asam pedas tu". Si suami diam, membatalkan niat sepinggan nasi tambah, bangun lalu membasuh tangannya, walaupun sebenarnya si suami boleh membasuh tangan dengan hanya mejilat jarinya di depan si isteri tadi, sambil berkata dalam hati,"...ada aku cakap nak makan ikan pari asam pedas...aku cuma nak makan sup telur saja"...

Sekian.

(p/s: Apa yang anda perlu ambik dan buka hati serta minda adalah pengajarannya, walaupun sedikit)

0 Usul:

 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes