Mustika : Bukan dari cerita pek mustika

Waduh, aku ingat best sangatlah pek baru astro ini. Bukan apa telah kedengaran rungutan penonton pek mustika tidak berbaloi berbanding dengan nilai yang ditambah setiap bulan. Banyak cerita-cerita diulangtayang sampai muak orang nak tengok. Sudahlah kebanyakan filemnya telah diulang siar semasa adanya Kirana (telah dimansuhkan) pada ketika dulu. Ramai juga mempertikai kenapa Kirana dimansuhkan. Tak apalah, kita beri peluang pada krew yang terlibat, mungkin telalu awal untuk menilai. Biarkanlah dan beri peluang kepada mereka. Mungkin bulan seterusnya telah disusun rancangan yang lebih 'mantop' dari biasa.

Entri ini bukanlah entri komentar pek baru astro. Cerita sebenarnya yang aku nak tulis, yang nih. Biar aku rangkumnya 3 cerita dalam satu entri. Macam mana. Ok ak?.


Cerita I : Pasai Minggu berblog di pejabat

Ntah apa racun depa ni makan ntah, aku tak tahu. Minggu lepas ramai orang nak ada blog sendiri. Ada yang memblog untuk mempromosi kedai makan dia, untuk cerita keluarga, untuk melepaskan geram kat sesapa, untuk menghentam partian politik, menjual produk-produk kesihatan dan macam-macam lagi. Termasuklah kawan aku sorang nih. Beria sangat dia nak ada blog, sampai dia termimpi-mimpi nak ada blog sendiri. Jadi, dengan muka tak malu dia tuh, dia nak aku ajarkan. Aku tak kisah beb. Bab ajar mengajar nih bagi free aje. Sama macam aku tulis dulu pasai ngajar free nih. (Klik sini) Tapi aku tak kisah. Ni pun salah satu cara bersosial. Tak payah pi mana pun. Duk kat depan com. aje. Ha jangan dok bodo kat depan com. aje, kenalah ada line ternet atau berukband. Baru syok berblog. Kalau berblog kat pejabat...ni tak privasi, pas tu memang salahlah waktu pejabat pun nak berblog. Ni lontaran pandangan aku yang sure betul punya. Betul tak? Ok selamat berblog. Ni mutiara naga, eh mutiara kata aku untuk yang baru berblog. "Jangan jadi goblok bila berblog, sebab kalau goblok sahih tak syok".


Cerita II : Cik Midah Kahwin

Ni pasai ahli masjlis Baling kawin. Sbnrnya majlis kat pengantin pompuan (ahli majlis tulah) dah berlangsung minggu lepas. Kat Johor. Sahih kami staf kat baling tak sorang pun dapat pi. Jauh beb. Kalau majlis sedia kenderaan, blehlah nak nompang...hehhehe.Tapi tak apa, nak cerita pasai pengantin. Fuhh, memang cun...midah ajelah. Suaminya...bolehlah. Sekarang ahli majlis tu dah dapat title puan, jadi nama dalam minit JK OSC pun kena tukaq lepas nih yer Bella, Puan Hajah Hamidah bt. Khalil. Ingat tuh. Apa-apa pun tahniah untuk Puan Hajah Hamidah dengan suaminya Muhamad Rohaizan. Rohaizan nih orang Alor Janggus, Kedah. Utara Vs Selatan. Cayo.



Cerita III : Ada bisul kat kepala Wafi..sian dia

Sian Wafi, ada bisul kat kepala dia. Nampak dia macam hapi aje.Tapi kita tgk dia...ngeri plak. Malam tu, sblm tido, dia nangis...nangis..nangis. Bagi susu, tak mau. Bagi makan, tak mau. Buai...lagi tak mau. Ibu dia ambik..dari buai..ptupss.....bisul wafi dah pecah..tersembur darah...keluar nanah. Ibu dah tak nak tengok. Ngeri dia kata. Aku plak kelam kabut..ke hulu ke hilir...cari apa aku sendiri tak tahu. Hampehhh.... Tapi wafi plak...sempat tersengeh. Gelak plak bila disergah...An..ger..an..ger.....eh..budak nih.

Malam tu kami berdua dah ada anak yang pakai lebai...Lebai Arif Wafi..huhuhu..asal kreatif aku sendiri..huhuuhu...tapi memang ngeri wa cakap lu..

Bab pasal bisul tu, org tua kata Ibu sawan. Nanti aku cari fakta perubatannya dan aku postkan dalam entri akan datang. Kalau aku rajinlah.
 
Copyright 2009 Blog K.A.M.I All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Blogspot Templates From Wordpress Theme by EZwpthemes